ini adalah Hemoglobin = Sel Darah Merah.
1st = Pengenalan Jenis2 Darah.
- Darah merupakan komponen penting di dalam tubuh manusia
- Darah terdiri dari sel darah merah, sel darah putih, sel platelet dan plasma darah di mana terkandungnya semua sel yang di atas
- Sel darah merah – memberi warna merah pada darah dan membawa oksigen (O 2 )
- Sel darah putih – melawan penyakit
- Sel platelet - membantu pembekuan darah
2nd = Pengenalan Anemia & Thalasemia.
- Anemia (penyakit kurang darah) ialah kekurangan haemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah
- Thalasemia ialah sejenis penyakit anemia yang juga penyakit keturunan. Ia bukan penyakit berjangkit tetapi penyakit warisan.
- Hb tugasnya membawa oksigen (O 2 ) dari paru-paru ke bahagian badan yang lain dan memberi warna merah kepada darah
- Thalasemia juga dikenali sebagai Mediterranean Anemia kerana kerap berlaku di kalangan mereka yang berketurunan Itali dan Greek, serta Afrika,Timur Tengah, India dan Asia Tenggara.
3rd = Jenis2 Thalasemia.
- Dua jenis thalasemia yang lebih kerap didapati di Malaysia ialah Thalasemia alpha ( α ) dan Thalasemia beta ( β )
- Simptom yang dihadapi bergantung pada jenis thalassemia serta tahap penyakit.
- Thalasemia boleh dibahagikan mengikut tahap seriusnya iaitu Thalasemia Major, Intermedia dan Minor.
4th = Kesan2 / Simptom2 Thalasemia 1.
- Letih sepanjang masa
- Anggota tubuh seperti bibir, lidah, tangan dan kaki pucat
- Hilang selera makan
- Limpa membesar menyebabkan perut atau abdomen membengkak
- Kecacatan tulang muka
5th = Kesan2 / Simptom2 Thalasemia 2.
- Kanak-kanak terbantut tumbesarannya
- Sum-sum tulang gagal menghasilkan sel darah merah
- Jantung dan organ penting lain gagal berfungsi disebabkan kekurangan oksigen.
6th = Bagaimana Ia Diwarisi...?
lihat rajah di bawah.
7th = Bolehkah ia dicegah.
- Pasangan yang ingin berumahtangga perlu lebih peka akan status kesihatan masing-masing
- Ujian darah sebelum berkahwin dapat mengesan penyakit HIV dan penyakit lain seperti thalasemia
- Jika kedua suami isteri menghidap thalasemia, pakar genetik boleh memberi kaunseling sebelum memulakan keluarga
- Jika isteri sudah mengandung, diagnosis pranatal boleh dilakukan untuk mengetahui samada janin di dalam kandungan terjejas.
8th = Kesimpulan nya..
- Setiap individu wajar melakukan ujian darah untuk mengesan penyakit thalasemia
- Jika didapati positif, saudara terdekat (adik-beradik) perlu mengetahuinya dan pastikan mereka juga menjalani ujian darah
- Jika belum berumahtangga, pastikan bakal teman hidup anda juga menjalani ujian ini
- Anak-anak yang kedua ibubapanya pembawa gene perlu dipastikan status mereka untuk panduan masa hadapan
Regards,
Sarra N
No comments:
Post a Comment