Pedoman untuk kita smua.
-Part 1-
Jika kamu memancing ikan setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja
kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mu.
-Part 2-
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh
cukuplah sekadar keperluanmu
Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menambalnya semula
Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya
sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.
-Dr. Fadzilah Kamsah-
Entry ini mbuatkn i terpikir byk bnda,
mmg kita masing2 wt silap
n da berusaha sebaek mungkin nk lupa tapi bkn mudah.
Memang mkn mase yg byk kot.
Xtw la mcm mne smpai nyer hati ckp mcm tu.
N sorry is not going to change everything.
"Terlajak perahu bole undur, Terlajak kata mmg xbole wt pea"
by,
Sarra N
No comments:
Post a Comment